CADANGAN PEMBINAAN DEWAN
SERBAGUNA BAGI
PERSATUAN PENDUDUK
SP 6 BANDAR SAUJANA PUTRA
ALAMAT :
NO. 64, JALAN SP 6/7,
BANDAR SAUJANA PUTRA,
LEBUHRAYA ELITE, 42610
JENJAROM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
UNTUK :
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
DAN
MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT
DI SEDIAKAN OLEH :
ABDUL KARIM BIN MOHAMED
ALI
SETIAUSAHA PPSP 6 BSP
PROFIL PROJEK
Tajuk
Projek :
Pembinaan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP
Kontraktor
Utama :
Syarikat
Perunding : PERUNDING TRUSSMAJU
Nama
/ Jawatan : Ir. Azman bin Teh
Nama
/ Jawatan Wakil S.O : Ir. Shahril
Pegawai
Penyelaras KKR :
Harga
Kontrak :
RM2,763,320.00
Kos
Projek :
RM2,660,903.33
Tempoh
Kontra : 45 Minggu
Tarikh
Mula : Tarikh Siap : Tarikh
Siap Sebenar :
Sinopsis
Projek : Sebuah
Dewan serbaguna yang lengkap dengan empat buah gelanggang badminton,
sepak takraw dan pentas untuk kegunaan penduduk Bandar Saujana Putra.
KERTAS KERJA
UNIT PENGURUSAN PPSP 6 BSP
1. TAJUK
Pembinaan Pentas di Dewan Serbaguna
2. DIKEMUKAKAN
OLEH
AJK PPSP6 Bandar Saujana Putra
3. TUJUAN
Projek
membina dewan ini amat perlu dalam usaha menyediakan suasana yang kondusif kepada
semua masyarakat di Bandar Saujana Putra. Diharapkan agar dengan pembinaan dewan
ini secara tidak langsung akan lebih memberi kemudahan kepada semua masyarakat
di Bandar Saujana Putra.
4. PENGENALAN
Dewan
merupakan sebuah dewan yang sering digunakan oleh masyarakat setempat untuk pelbagai
kegunaan di kawasan ini. Aktiviti bercorak kesukanan, keilmuan boleh diadakan
di dewan ini. Dewan ini juga digunakan
untuk mengadakan majlis walimatul urus dan sebagainya. Ia juga memberi
kemudahan kepada seluruh masyarakat Bandar Saujana Putra dalam skala yang
besar. Pada masa-masa tertentu, ia juga
digunakan sebagai tempat kejohanan sepak
takraw, badminton dan sebagainya. Kesesuaian dewan ini
untuk tujuan meningkatkan dan
memantapkan segala aktiviti masyarakat setempat memandangkan keluasannya
yang selesa dan boleh menempatkan ramai bilangan orang dalam satu-satu masa. Kalau
ia dibangunkan, ia merupakan satu-satunya dewan tertutup yang ada di kediaman
Bandar Saujana Putra ini. Masyarakat setempat lebih fokus bila menjalakan
aktiviti di dewan tertutup ini kerana tiada gangguan daripada luar. Oleh itu, sewajarnyalah
dewan ini patut diadakan dikejiranan yang padat dengan penduduk ini bagi
kesesuaian program dan aktiviti masyarakat setempat.
5.
OBJEKTIF
5.1 Keperluan yang mendadak
memerlukan satu dewan besar diwujudkan untuk aktiviti-aktiviti warga Bandar
Saujana Putra.
5.2 Menyediakan dewan yang lebih
lengkap dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti majlis walimatul urus dan
aktiviti-aktiviti sukan yang lain seperti sepak takraw, badminton dan
sebagainya serta tempat mesyuarat persatuan penduduk.
5.3 Meningkatkan imej Bandar Saujana
Putra yang diiktiraf sebagai Bandar baru dan menaiktaraf di mata masyarakat luar
dalam aspek yang mementingkan warganya.
5.4 Menjadi tempat pilihan untuk
aktiviti masyarakat setempat dijalankan ketika hari terlalu panas atau hujan
6.
RASIONAL
6.1 Ketiadaan dewan lain lain di
kawasan Bandar Saujana Putra ini dan juga kawasan berhampiran dan kemudahan
dewan lain terletak jauh dari kawasan ini.
6.2 Mempunyai beberapa tapak yang
sesuai untuk dibangunkan dewan yang besar.
6.3 Keperluan penduduk yang mendesak
memerlukan sebuah dewan yang besar, baik dan selesa.
6.4 Pertambahan jumlah penduduk yang
semakin meningkat dari masa kesemasa.
6.5 Setiap program dan aktiviti
dapat dijalankan dengan lebih teratur.
6.6 Faktor keselamatan diambil kira
serta kesukaran dan kebimbangan terhadap kanak-kanak dan golongan tua untuk
menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.
7.
KOMPONEN PROJEK
Beberapa
komponen asas diperlukan untuk merealisasikan objektif di atas. Komponen
tersebut seperti didalam senarai yang dilampirkan adalah dapat menampung jumlah
penduduk dan kemudahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
7.1 Keperluan sebuah ruang dewan
yang besar yang merangkumi bilik mesyuarat dan pejabat pengurusan.
7.2 Keperluan empat buah gelanggang
sepak takraw dan badminton di dalam ruang dewan tersebut serta kemudahan yang
berkaitan.
7.3 Keperluan sebuah stor simpanan
bagi menyimpan segala peralatan permainan dan aktiviti tertentu yang dijalankan
supaya ia lebih selamat.
7.4 Keperluan fasiliti tambahan
seperti system audio yang lengkap, system hawa dingin perabut serta keudahan
lain yang berkaitan mengikut perkembangan semasa.
FASA PEMBINAAN
Terdapat
empat fasa yang telah diatur untuk pembinaan Dewan Serbaguna untuk SSP6 BSP
ini.
Fasa Pertama
-
Pengurusan
gazet tanah dan tapak dewan dari Majlis Daerah Kuala Langat.
-
Pengurusan
permohonan kebenaran membina dewan serta kelulusan.
-
Penyediaan
dokumentasi kertas kerja pembinaan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-
Pengurusan
pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan.
Fasa Kedua
-
Pengurusan
peruntukan bajet dari kerajaan Negeri Selangor.
-
Pengurusan
permohonan derma dari penduduk Bandar Saujana Putra.
-
Pengurusan
permohonan derma dari tokoh-tokoh korporat.
-
Pengurusan
permohonan derma dari syarikat dan majikan.
-
Pengurusan
resit dan senarai derma.
-
Pengurusan
rekod dan pengauditan.
Fasa Ketiga
-
Pembinaan
Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-
Pemantauan
dari ahli jawatankuasa yang terlibat.
Fasa Keempat
-
Pengurusan
kelengkapan prasarana dan peralatan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-
Pengurusan
perasmian Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
BIL
|
PERIHAL
|
KEPERLUAN DAN CATATAN
|
1.
|
Kapasiti
|
Selurh
penduduk Bandar Saujana Putra
|
2.
|
Jenis
Bangunan
|
Bangunan
satu tingkat
|
3.
|
Keluasan
Bangunan
|
15,000
kaki persegi
|
4.
|
Keluasan
Dewan
|
10,800
kaki persegi
|
5.
|
Struktur
|
Konkrit
tetulang
|
6.
|
Binaan
Bangunan
|
Batu
bata berplaster (reinforce)
|
7.
|
Kemasan
Dinding
|
Lepaan
simen (plaster luar dan dalam)
|
8.
|
Bumbung
|
Concrete
tile dan metal deck (kerangka bumbung jenis besi)
|
9.
|
Siling
|
2
x 4 asbestos
|
10.
|
Kemasan
Cat
|
Emulsion
– kelas sederhana putih
|
11.
|
Pintu
|
Pintu
gelungsur aluminium
|
12.
|
Tingkap
|
Tingkap
aluminium berkaca jernih
|
13.
|
Kemasan
Lantai
|
a.
dewan – lepaan simen
b.
teres koridor – lepaan simen
c.
bilik 1 – lepaan simen
d.
bilik 2 – lepaan simen
e.
bilik 3 – lepaan simen
f.
stor barangan – lepaan simen
g.
teres keliling – lepaan simen
|
14.
|
Bilik
Air / Wudhu’
|
a.
tangki simpanan air
b.
tandas lelaki - 6 unit
c.
tandas wanita - 6 unit
|
15.
|
Pendawaian
Letrik
|
Triple
Phase – 180 amphere (punca utama)
a.
punca lampu – double fluorescent with reflector
b.
punca kipas – kipas siling dan dinding
c.
punca kuasa 13A – domestic
d.
punca kuasa 15A – penyaman udara
|
16.
|
Lain-lain
Kelengkapan
|
a.
longkang
i - 6” dalam
ii - 8” lebar
iii – bentuk U
b.
salur air
i – UPVC gutter
c.
pagar
i – keliling kawasan pelan tapak
d.
pintu pagar
i – pintu utama
ii – 2 pintu kecil
e.
memindah dan membina semula peralatan sepak takraw
f.
menurap semua kawasan halaman dewan
|
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos
keseluruhan pembinan Dewan Serbaguna untuk SSP 6 BSP ialah :
Bangunan : RM2,000,000.00
Infrastruktur : RM100,000.00
Perabut : RM60,000.00
Perunding : RM160,000.00
JUMLAH KESELURUHAN : RM2,320,000.00
DANA DAN SPONSOR
KEWANGAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA PPSP6 BSP
KESIMPULAN DAN OUPUT
SERTA FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK
Pengwujudan
ruang dan kemudahan yang amat sesuai di dewan ini akan memberikan faedah yang
amat besar kepada setiap penduduk di Bandar Saujana Putra kerana setiap
aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lancer dengan adanya kemudahan
seperti ini.
Dengan
pembangunan dewan serbaguna ini, perancangan aktiviti dan program yang
dijalankan di kawasan ini dapat dijalankan dengan teratur dan menarik minat
golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti
bersukan. Disamping itu, setiap aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturrahim diantara setiap penduduk. Selain itu juga, dengan
adanya dewan ini berkurangnya aktiviti yang tidak sihat seperti melepak,
merempit dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment