Friday, December 18, 2015

CADANGAN PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA BAGI
PERSATUAN PENDUDUK SP 6 BANDAR SAUJANA PUTRA



ALAMAT :
NO. 64, JALAN SP 6/7, BANDAR SAUJANA PUTRA,
LEBUHRAYA ELITE, 42610 JENJAROM,
SELANGOR DARUL EHSAN.


UNTUK :

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

DAN

MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT



  
DI SEDIAKAN OLEH :

ABDUL KARIM BIN MOHAMED ALI
SETIAUSAHA PPSP 6 BSP
Text Box: CADANGAN PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA BAGI
PERSATUAN PENDUDUK SP 6 BANDAR SAUJANA PUTRA
 




PROFIL PROJEK

Tajuk Projek                              : Pembinaan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP

Kontraktor Utama                      :

Syarikat Perunding                    : PERUNDING TRUSSMAJU


Nama / Jawatan             : Ir. Azman bin Teh

Nama / Jawatan Wakil S.O         : Ir. Shahril

Pegawai Penyelaras KKR           :

Harga Kontrak                           : RM2,763,320.00

Kos Projek                                : RM2,660,903.33

Tempoh Kontra                         : 45 Minggu

Tarikh Mula :                              Tarikh Siap :                             Tarikh Siap Sebenar :

Sinopsis Projek                         : Sebuah Dewan serbaguna yang lengkap dengan empat buah                                                                           gelanggang badminton, sepak takraw dan pentas untuk kegunaan                                                                     penduduk Bandar Saujana Putra.



                             

KERTAS KERJA
UNIT PENGURUSAN PPSP 6 BSP


1.  TAJUK
     Pembinaan Pentas di Dewan Serbaguna

2.  DIKEMUKAKAN OLEH
     AJK PPSP6 Bandar Saujana Putra

3.  TUJUAN
Projek membina dewan ini amat perlu dalam usaha menyediakan suasana yang kondusif kepada semua masyarakat di Bandar Saujana Putra. Diharapkan agar dengan pembinaan dewan ini secara tidak langsung akan lebih memberi kemudahan kepada semua masyarakat di Bandar Saujana Putra.

4.  PENGENALAN
Dewan merupakan sebuah dewan yang sering digunakan oleh masyarakat setempat untuk pelbagai kegunaan di kawasan ini. Aktiviti bercorak kesukanan, keilmuan boleh diadakan di dewan ini.  Dewan ini juga digunakan untuk mengadakan majlis walimatul urus dan sebagainya. Ia juga memberi kemudahan kepada seluruh masyarakat Bandar Saujana Putra dalam skala yang besar.  Pada masa-masa tertentu, ia juga digunakan sebagai tempat  kejohanan sepak takraw, badminton dan sebagainya. Kesesuaian dewan  ini  untuk tujuan   meningkatkan   dan   memantapkan segala aktiviti masyarakat setempat memandangkan keluasannya yang selesa dan boleh menempatkan ramai bilangan orang dalam satu-satu masa. Kalau ia dibangunkan, ia merupakan satu-satunya dewan tertutup yang ada di kediaman Bandar Saujana Putra ini. Masyarakat setempat lebih fokus bila menjalakan aktiviti di dewan tertutup ini kerana tiada gangguan daripada luar. Oleh itu, sewajarnyalah dewan ini patut diadakan dikejiranan yang padat dengan penduduk ini bagi kesesuaian program dan aktiviti masyarakat setempat.

5. OBJEKTIF
            5.1 Keperluan yang mendadak memerlukan satu dewan besar diwujudkan untuk aktiviti-aktiviti warga Bandar Saujana Putra.

            5.2 Menyediakan dewan yang lebih lengkap dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti majlis walimatul urus dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain seperti sepak takraw, badminton dan sebagainya serta tempat mesyuarat persatuan penduduk.
           
            5.3 Meningkatkan imej Bandar Saujana Putra yang diiktiraf sebagai Bandar baru dan menaiktaraf di mata masyarakat luar dalam aspek yang mementingkan warganya.
           
            5.4 Menjadi tempat pilihan untuk aktiviti masyarakat setempat dijalankan ketika hari terlalu panas atau hujan

6. RASIONAL
            6.1 Ketiadaan dewan lain lain di kawasan Bandar Saujana Putra ini dan juga kawasan berhampiran dan kemudahan dewan lain terletak jauh dari kawasan ini.

            6.2 Mempunyai beberapa tapak yang sesuai untuk dibangunkan dewan yang besar.

            6.3 Keperluan penduduk yang mendesak memerlukan sebuah dewan yang besar, baik dan selesa.

            6.4 Pertambahan jumlah penduduk yang semakin meningkat dari masa kesemasa.

            6.5 Setiap program dan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih teratur.

            6.6 Faktor keselamatan diambil kira serta kesukaran dan kebimbangan terhadap kanak-kanak dan golongan tua untuk menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.



7. KOMPONEN PROJEK
Beberapa komponen asas diperlukan untuk merealisasikan objektif di atas. Komponen tersebut seperti didalam senarai yang dilampirkan adalah dapat menampung jumlah penduduk dan kemudahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

            7.1 Keperluan sebuah ruang dewan yang besar yang merangkumi bilik mesyuarat dan pejabat pengurusan.

            7.2 Keperluan empat buah gelanggang sepak takraw dan badminton di dalam ruang dewan tersebut serta kemudahan yang berkaitan.

            7.3 Keperluan sebuah stor simpanan bagi menyimpan segala peralatan permainan dan aktiviti tertentu yang dijalankan supaya ia lebih selamat.

            7.4 Keperluan fasiliti tambahan seperti system audio yang lengkap, system hawa dingin perabut serta keudahan lain yang berkaitan mengikut perkembangan semasa.


FASA PEMBINAAN
Terdapat empat fasa yang telah diatur untuk pembinaan Dewan Serbaguna untuk SSP6 BSP ini.

Fasa Pertama

-       Pengurusan gazet tanah dan tapak dewan dari Majlis Daerah Kuala Langat.
-       Pengurusan permohonan kebenaran membina dewan serta kelulusan.
-       Penyediaan dokumentasi kertas kerja pembinaan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-       Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan.

Fasa Kedua

-       Pengurusan peruntukan bajet dari kerajaan Negeri Selangor.
-       Pengurusan permohonan derma dari penduduk Bandar Saujana Putra.
-       Pengurusan permohonan derma dari tokoh-tokoh korporat.
-       Pengurusan permohonan derma dari syarikat dan majikan.
-       Pengurusan resit dan senarai derma.
-       Pengurusan rekod dan pengauditan.

Fasa Ketiga

-       Pembinaan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-       Pemantauan dari ahli jawatankuasa yang terlibat.

Fasa Keempat

-       Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.
-       Pengurusan perasmian Dewan Serbaguna PPSP 6 BSP.












BIL
PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
1.
Kapasiti
Selurh penduduk Bandar Saujana Putra
2.
Jenis Bangunan
Bangunan satu tingkat
3.
Keluasan Bangunan
15,000 kaki persegi
4.
Keluasan Dewan
10,800 kaki persegi
5.
Struktur
Konkrit tetulang
6.
Binaan Bangunan
Batu bata berplaster (reinforce)
7.
Kemasan Dinding
Lepaan simen (plaster luar dan dalam)
8.
Bumbung
Concrete tile dan metal deck (kerangka bumbung jenis besi)
9.
Siling
2 x 4 asbestos
10.
Kemasan Cat
Emulsion – kelas sederhana putih
11.
Pintu
Pintu gelungsur aluminium
12.
Tingkap
Tingkap aluminium berkaca jernih
13.
Kemasan Lantai
a. dewan – lepaan simen
b. teres koridor – lepaan simen
c. bilik 1 – lepaan simen
d. bilik 2 – lepaan simen
e. bilik 3 – lepaan simen
f. stor barangan – lepaan simen
g. teres keliling – lepaan simen
14.
Bilik Air / Wudhu’
a. tangki simpanan air
b. tandas lelaki -  6 unit
c. tandas wanita - 6 unit
15.
Pendawaian Letrik
Triple Phase – 180 amphere (punca utama)
a. punca lampu – double fluorescent with reflector
b. punca kipas – kipas siling dan dinding
c. punca kuasa 13A – domestic
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
16.
Lain-lain Kelengkapan
a. longkang
    i - 6” dalam
   ii - 8” lebar
  iii – bentuk U
b. salur air
    i – UPVC gutter
c. pagar
    i – keliling kawasan pelan tapak
d. pintu pagar
    i – pintu utama
   ii – 2 pintu kecil
e. memindah dan membina semula peralatan sepak takraw
f. menurap semua kawasan halaman dewan


ANGGARAN KOS PROJEK
Kos keseluruhan pembinan Dewan Serbaguna untuk SSP 6 BSP ialah :

Bangunan                                 : RM2,000,000.00

Infrastruktur                               : RM100,000.00

Perabut                                     : RM60,000.00

Perunding                                 : RM160,000.00
 


JUMLAH KESELURUHAN         : RM2,320,000.00




DANA DAN SPONSOR KEWANGAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA PPSP6 BSP














KESIMPULAN DAN OUPUT SERTA FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

Pengwujudan ruang dan kemudahan yang amat sesuai di dewan ini akan memberikan faedah yang amat besar kepada setiap penduduk di Bandar Saujana Putra kerana setiap aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lancer dengan adanya kemudahan seperti ini.


Dengan pembangunan dewan serbaguna ini, perancangan aktiviti dan program yang dijalankan di kawasan ini dapat dijalankan dengan teratur dan menarik minat golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. Disamping itu, setiap aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara setiap penduduk. Selain itu juga, dengan adanya dewan ini berkurangnya aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit dan banyak lagi.